
SCORE A PROGRAMME
"DEMI ANAK TERSAYANG"~ DITUBUHKAN PADA TAHUN 1999
~ PELOPORDAN UNGGUL DALAM PORTAL ePENDIDIKAN
~ MENYEDIAKAN PELAJAR2 MENGHADAPI PEPERIKSAAN SECARA EFEKTIF &
MENDAPAT SEMUA 'A'
~ 100% SUKATAN PELAJARAN TERKINI MALAYSIA
SELAMAT DATANG KE SCORE A PROGRAMMESyarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah , kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya . Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.
Di dalam hati, kita sering menaruh harapan terhadap anak-anak. Tanpa disangkal lagi, banyak faktor luar yang turut menyumbang di dalam pembentukan kehidupan anak-anak. Walaubagaimanapun sebagai ibubapa, kita mampu memberikan kelebihan dititik permulaan kepada mereka sejak dari awal lagi.
'Mahu atau tidak , itulah persoalannya' ("To be or not to be, that is the question") kata-kata masyhur yang dipetik dari Hamlet oleh Shakespeare yang mana kita selalu bertanya pada diri kita dan terutamanya anak-anak kita. Apakah mereka akan jadi? Apakah yang kita inginkan mereka jadi? Yang penting sekali, apakah kita tidak ingin mereka jadi? Perbezaanya ialah, sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak kita.
Apakah Score A Programme™ ?- Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
CIRI-CIRI SCORE A
CIRI-CIRI UNIK
1.eNotes eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A.
eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic.
Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.
2.ePast Year Exam
ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.
3.eTopic - Soalan-soalan berpandukan topik
eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
4.eProgress
eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.
Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
5.eTrial Exam Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.
Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.
Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.
6.eAssessment™- Soalan-soalan Umum eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.
7.eReport CardeReport Card adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam. Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya. Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar. |
|
Objektif utama:- - Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak.
- Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.
| | |
|
Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga. Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A. |
|
|
9.eDictionary Untuk membantu pelajar memahami soalan dalam Bahasa Inggeris , kami menyedikan eDictionary untuk menjelaskan makna perkataan dalam soalan. Ini akan membantu pelajar belajar Bahasa Inggeris sambil bersiap sedia untuk peperiksaan.
SOALAN2 LAZIM KEPADA KAMI TENTANG PROGRAM INI..- Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
- Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .
- Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.
- Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif
- Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
- Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.
- Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
- Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
- Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.
- Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
i. Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"
iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.
| Pengiktirafan & Penghargaan |
|
PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A PERINGKAT NEGERI JOHOR OLEH Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia |  |  Majlis Pelancaran Dan PenyerahanPortal Score A Parlimen Pagoh disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidddin Bin Haji Mohd. Yassin, 25-3-2006 |  | Majlis Menandatangani Perjanjian Pendidikan Anak-anak Kakitangan Penjara Dengan Score A, 21-9-2005 | disaksikan oleh Y.B. Dato' Noh Bin Omar, Timbalan Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.  | Majlis Penyerahan Score A, 21-7-2005 | Majlis Penyerahan Score-A oleh YB Datuk Mohamed Khaled (Menteri Usahawan Koperasi dan Pembangunan di Pasir Gudang, JB)  | Launching of Score A Programme™, 25 August 2002 Sekolah Wawasan, Subang jaya, selangor oleh YB. Dato' Aziz Shamsuddin, Deputy Minister of Education | | | |
~Sekiranya anda berminat bolehlah sms@email kepada kami untuk mendapatkan keterangan
lanjut melalui pos.